Tentang
Penubuhan Restoran Osman Sdn.Bhd
Pada awal 90-an,Restoran Osman secara rasminya dirasmikan di Taman bukit Mewah,Johor Bharu.Namun pada ketika itu, ia hanya sebuah warung yang kecil yang mengutamakan perniagaan kepada pekerja buruh serta menerima tempahan perkhidmatan katering untuk majlis keramaian dan sebagainya.Pengasas Restoran Osman,En.Osman Ali Mohamed telah memulakan perniagaan dalam bidang industri makanan ini dengan berbekalkan pengalaman berkerja di Singapura,Kuala Lumpur dan Johor.Tetapi kini,dengan usaha gigih beliau serta dengan bantuan ahli keluarga,Restoran Osman mempunyai sebanyak 11 cawangan di seluruh negeri Johor.
Selepas beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan,beliau bertekad untuk menjadi usahawan yang berjaya dalam industri makanan.Dengan usaha doa berkatnya serta dengan bantuan ahli keluarga beliau,akhirnya pada 31 Ogos 1997,beliau telah membuka sebuah restoran yang berdaftar diatas nama Restoran Selera Bukit Mewah di Taman Bukit Mewah,Johor Bharu.Tidak berhenti di situ,malah beliau berusaha dengan lebih gigih lagi hingga ke hari ini.Pada hari Restoran Osman mempuntai sebanyak 11 cawangan di seluruh negeri Johor Darul Takzim.
Pada 11 Ogos 2006,satu lagi sejarah kejayaan dicatatkan oleh Restoran Osman.OSMAN GROUP HOLDING telah ditubuhkan untuk menyelanggara dan mengawasi segala urusan cawangan-cawangannya.Kami tidak akan berhenti disini malah kami bertekad lagi akan menjadikan Restoran Osman sebuah rangkaian industri makanan yang menjadi pilihan pelbgai masyarakat Malaysia di seluruh negara dalam masa terdekat.